Perjalanan Ini…

Blog seorang yang sensitif & sentimental, oh. Misteri & sukar diduga? Mungkin. :)

Selepas 5 Bulan Menyepi

Assalamualaikum,

Tak pernah aku tak update blog selama macam ni. Lebih 5 bulan! Dulu, masa mula2 berblog, aku akan tulis entri kalau aku sedih (sebab putus cinta ok!!! huhu). BF silih berganti… Eventually lepas tu, aku akan tulis entri kalau aku gembira (sebab hati penuh dengan bunga cinta la, hehe). Argh, cerita basi semua tu!

Sekarang, mana sempat nak update selalu. Ye la, hari2 pun kerja macam orang gila. Haha. Tu yang malas tu. Kalau nak luah apa2, aku luah terus kat FB. Kadang2 luah kat Twitter. Dua dinding tu la yang setia dengar bebelan tak berbunyi aku ni. Terima kasih juga kepada insan2 yang sudi membaca dan respon luahan dan bebelan aku. You made my day brighter.

Sebenarnya kan, hari ni aku asyik teringat kat ex-BF #9 je. (Banyak sangat BF sampai kena letak # berapa, sengal2…) Ada beberapa kali gak mata aku bertakung, mengawal kemachoan di tempat awam. Apa kes aku teringat kat dia??? Ada la sebabnya yang aku tak nak nyatakan kat sini.

Teringat lagi hari terakhir kami berjumpa. Dia baru balik dari negara dot3 untuk bercuti sempena Ramadhan dan Aidilfitri, juga untuk bernikah (sebenarnya bertunang je, aku je yang salah faham dan buat2 faham, hahaha). Masa tu, dalam komuter, dia kepenatan sampai tertidur walaupun tengah berdiri. Aku pun ambil peluang untuk tengok muka dia… Dalam hati, aku bermonolog, “Hari ni ke hari terakhir aku tatap muka dia depan mata? Mungkin. Sebab lepas ni, dia akan jadi laki orang… Gila sedih!” Tapi aku tahan je. Punyalah sesak komuter masa tu. Kena control macho weh…

Balik je lepas jumpa dia, aku menangis semahu-mahunya dalam bas. Berhelai-helai tisu aku basahkan dengan air mata dan hingus aku. Euw… Masa tu, kemachoan aku pun hilang. Aku tak hiraukan orang sekeliling dah. Huhu. Punyalah sedih, lepas tu penat, sampai tertidur dalam bas dan aku terlepas nak turun kat Pusat Bandar Shah Alam. Last2 aku mintak Abah ambil aku kat depan medan selera yang dekat dengan UiTM Shah Alam. Tak lama lepas tu, kakak dia upload gambar pertunangan dia kat FB. Masa tu, emosi aku dah stabil sikit. Jadi, bila tengok gambar2 tu, aku hampir tak rasa apa2. Biasa je. Mungkin sebab aku ada jangkakan situasi ni terlebih dulu. Cool konon!

Sampai hari ni, aku selalu doakan kebahagiaan dia. Alhamdulillah, tak ada dendam dalam hati. Mungkin sebab dia lelaki yang baik dan kami tak pernah bergaduh besar sepanjang perkenalan. Tak sangka akhirnya kami tak bersatu jugak. Jodoh tak panjang kan. Tinggallah aku, mencari haluan untuk meneruskan hidup. Entah la, tak sangka aku masih sedih. Mungkin aku masih terkilan sebab dia pernah ajak aku bernikah dulu. Jadi, sedih tu lebih sikit.

Sekarang ni, untuk hiburkan hati, aku kerja setiap hari, mula hobi baru (main piano), dan layan je hidup ni seadanya. Yang aku perasan gak, sekarang aku dah tak layan novel cinta lagi. Poyo je kan. Entah, macam rasa sakit hati tengok buku2 tebal tu. Seolah-olah ada makhluk jahat yang hidup dalam helaian novel tu. Haha!

Entri apa la ni, bosan betul. Maaflah ye. Ni je yang aku mampu tulis. Kalau tulis lebih, takut menangis pulak. Ni ada kat ruang tamu ni. Kalau menangis tetiba, tak ke cuak family aku tengok.

Sekian, Wassalam… :)

Advertisement

One Response to Selepas 5 Bulan Menyepi

  1. iskandar 10 November 2011 at 1:15 am

    ololololoooo… sedih jew aku bunyi wazirah..!! bru yg ke sembilan, maybe yg ke10 jdi btul kut..!! hehe! mulut aku masin tau.. haha!! x yah nak risau sgt, maybe ada hikmah nape ko x jdi ngan ke-9 tu.. tuhan tu mesti dah atur dah ada lelaki yang lebih baik untuk mu tu… mu senang nak nangis kan wazirah..?? sedih ckit nangis, sedih ckit nangis.. aku rse aku dah lme x nangis kut… hahaha!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 93 other followers