Perjalanan Ini…

Blog seorang yang sensitif & sentimental, oh. Misteri & sukar diduga? Mungkin. :)

Happy Birthday to Me!

Assalamualaikum / Hai,

Umur aku dh genap 23 tahun (Masihi) aku hari ni.

Tahun ni istimewa sebab selepas 10 tahun berturut-turut aku sambut birthday kat asrama, akhirnya aku sambut birthday kat rumah. Emak aku siap buat kek lagi. Walaupun tak berapa nak menjadi tapi sedappp!!! Terima kasih, Emak!

Syukur juga, pada birthday tahun ini, aku dah bergelar seorang engineer juga seorang guru walaupun seorang guru tuisyen je. Tak sangka. Ingatkan aku tak akan jadi engineer. Tup3, jadi juga. Tak sabar nak ada duit sendiri. Banyak sangat benda dan perkara yang aku nak beli dan buat. Dah lama tak belanja adik2 makan, dah lama tak grooming  dan beli baju semua, nak beli hadiah, bla, bla, bla…

Hmm, FYI, walaupun aku ada banyak ex-bf, tapi aku x pernah pun sambut birthday dengan mana2 bf aku. Pelik tapi benar. Haha. Lantaklah! Tak penting pun walaupun aku sebenarnya berharap. Cis. Abaikan. Tahun depan, entah2, aku sambut birthday dengan husband pulak, kan…

Macam terdesak je minah ni!

Tak banyak yang aku harapkan pada usia aku yang 23 tahun ni. Tapi harapan yang sedikit tu, besar sangat maknanya. Bila besar makna harapan, besar jugalah dugaan yang akan mendatang. Semoga Allah permudahkan dan memberi aku kekuatan untuk capai semua tu. Amiin…!

Terima kasih kepada kawan2 yang berikan ucapan sebagai tanda ingatan/penghargaan di FB dan melalui medium lain seperti SMS. Walaupun ucapan tu disebabkan adanya birthday reminder, tapi aku tetap anggap korang ingat birthday aku. Huhu. Aku ni kesunyian weh… Kehadiran korang di page FB aku dan juga SMS ucapan yang dihantar dah cukup buat aku gembira tanpa henti selama seminggu. Eh. Ehe…

Wazirah dah tua!!!

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 93 other followers