Assalamualaikum / Hai,
Blog post yang sebelum ni, aku ada karang satu puisi. Aku dah lama sangat tak mengarang puisi. Aku main hantam je tapi tu la yang aku rasa baru-baru ni terutamanya semalam. Aku rasa sunyi sebenarnya. Sobs.
Kenapa aku sunyi? Hmm, dah tiga bulan aku menyendiri. Aku dah lama pasrah melepaskan si dia. Sobs. Buat kali ke-9, cinta gagal lagi dan buat kali ke-2, cinta tak direstui ibu bapa si dia. Sedih kaw3 tapi terima je la. Lagipun, aku bukan jenis yang berjuang kaw3 untuk dapatkan cinta manusia ni. Serius. Ada sebab-sebabnya.
Aku percaya hidup ini mengalir ke arah liku-liku yang kita pilih sendiri. Aku juga percaya qada’ dan qadar ialah ketentuan Allah yang terdiri daripada gabungan kebarangkalian terhadap apa yang terjadi kepada hidup kita. Setiap pilihan membawa kita ke arah pilihan-pilihan lain dan jatuh naik kehidupan itu bergantung kepada usaha dan kebergantungan kita kepada Allah. Itu yang aku percaya.
Jadi, bagi aku, jatuh cinta, setia dan melepaskan cinta juga ialah suatu pilihan. As simple as that.
Sebab itu la, aku mudah terima, setia dan bila perlu aku lepaskan. Yang awal2 tu je aku susah nak lepaskan sebab baru belajar bercinta kan. Kepala dan hati bukan main angin lagi masa tu. Hmm, rasa menyampah pulak fikir benda lepas2 ni sebab sangat menyakitkan. Tapi, aku kena ceritakan serba sedikit sebab perkara lepas ni memang ada kesan yang mendalam terhadap aku.
Baru-baru ni, aku rasa sunyi sangat, lebih2 lagi kawan aku Fara dan Razan masing2 dah ada steady future husband. Sobs. I feel very happy for them but at the same time I feel very sorry for myself. Tambah lagi, ramai kawan-kawan sebaya yang dah bertunang, akan berkahwin dan berkahwin.
Jadi, semakin keraplah aku tertanya-tanya, bila aku akan jumpa jodoh aku? <– Nampak kelakar dan terdesak dan gila, kan?! Tapi, tipu la kalau korang yang senasib dengan aku tak rasa walaupun sikit pun apa yang aku rasa.
Aku agak risau sebab dalam persekitaran kerja dan corak hidup aku sekarang, aku tak nampak langsung jalan-jalan ke arah pertemuan aku dengan Mr. Right aku. Serius! Memang aku ada rapat dengan seseorang tapi entah la. Aku tak nak berharap sangat sebab aku kalau boleh, aku tak nak memiliki dan dimiliki kerana aku sunyi dan kebosanan semata-mata. Aku percaya kalau aku sandarkan cinta aku untuk isi kesunyian dan kebosanan, cinta tu tak bertahan lama.
Biarlah aku cinta dia sebab kami saling memerlukan dan melengkapi, juga sebab aku percaya dia mampu bawa aku dekat dengan Allah. Aku ni, bukan solehah sangat. Lagi satu, biarlah keluarga kami saling menerima. Lebih tepat lagi aku harap dia dan keluarga dapat terima keadaan semasa emak aku.
(Pasal emak aku, aku memang ada rancangan untuk hantar dia berubat. Semoga Allah permudahkan usaha kami untuk bawa emak ‘kembali’ sepenuhnya kepada kami sekeluarga.)
Aku lebih suka segalanya berlaku bagaikan air yang mengalir. Jadi, aku pilih untuk mengenalinya untuk beberapa lama dulu. Kalau kami ada jodoh, kami akan disatukan jua. Kalau sebaliknya yang berlaku, aku akan cuba lagi.
Aku ingat lagi pesan seorang kaunselor kepada aku, “Biarlah dia nombor 10 ke, 11 ke, asalkan awak kenal dia betul-betul sebelum berkahwin dengan dia.” Memang betul apa yang kaunselor tu cakap kat aku. Tapi pesanan tu juga la yang buat aku risau.
Macam mana la aku tak risau? Aku kalau boleh nak kenal dengan si dia dalam 2 tahun sebelum kahwin. Aku pula nak kahwin selewatnya 2014 (umur 26 tahun). Sekarang umur aku 23 tahun. Entah bila akan tercapai matlamat dan impian aku tu. Semoga Allah permudahkan.
Mr. Right, saya pilih untuk sabar dan setia menunggu anda. Saya akan mula menyimpan untuk perbelanjaan perkahwinan dan selepas perkahwinan kita. Tapi, jangan buat saya tunggu lama-lama tau. Saya tak nak jadi anak dara tua.

p/s: Kepada kamu yang pernah bercinta dengan saya, terima kasih atas kenangan manis yang anda ciptakan bersama saya. Semoga berbahagia selalu. Jangan ada dendam antara kita.
Comments | Maklum Balas